Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

SELAMAT DATANG KE FORUM GROUP ENTERTAINMENT OF MUSLIM ART (GEMA) UiTM TERENGGANU.SELAMAT BERFORUM DARI ADMIN

Join the forum, it's quick and easy

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

SELAMAT DATANG KE FORUM GROUP ENTERTAINMENT OF MUSLIM ART (GEMA) UiTM TERENGGANU.SELAMAT BERFORUM DARI ADMIN

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA) adalah sebuah persatuan dalaman yang ditubuhkan di UiTM Terengganu, yang memperjuangkan kesenian Islam terutamanya irama Nasyid.


+2
hyna_razak
supian
6 posters

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    supian
    supian


    Post : 65
    Mata : 5559
    Daftar pada : 26.04.09
    Umur : 38
    Asal : Kuala Lipis, Pahang

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  supian Sun Apr 26, 2009 10:27 am

    Apakah ciri-ciri alat muzik yang diharamkan di dalam islam?any idea?
    hyna_razak
    hyna_razak


    Post : 76
    Mata : 5573
    Daftar pada : 27.04.09
    Umur : 42
    Asal : Terengganu

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Re: ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  hyna_razak Wed Apr 29, 2009 12:09 pm

    ::penah jgk la dengar pasal nie..terutamanya alat2 yg dipetik mcm gitar etc.

    ::kat bawah nie sy paste kan artikel yg dibincangkan kat forum berlainan mengenai alat muzik gitar


    hukum penggunaan alat muzik termasuk gitar adalah HARUS bergantung kepada penggunaannya (niat, jenis lagu, majlis dll).

    Perkara ini masih menjadi khilaf di kalangan ulama’ ialah hukum muzik. Para ulamak’ sejak zaman silam telah cuba mengupas masalah ini berdasarkan kepada kefahaman nas-nas yang ada diseragamkan dengan uslub istinbat hukum sebagimana yang tertera di dalam kanun perundangan Islam.

    Muzik terus menjadi salah satu isu yang sukar untuk diputuskan hukumnya. Para ulama’ dan fuqaha’ telah berijtihad dalam menentukan hukumnya dan mereka terbahagi kepada dua golongan; golongan yang mengharuskan dan golongan yang mengharamkan. Masing-masing mempunyai hujah-hujah yang tersendiri dalam memahami nas-nas yang berkaitan dengan perkara ini.

    Alat Yang Dipetik
    Antaranya:
    1. Al-‘Ud atau Al-Muzhir : Kecapi
    2. Ar-Rabab : Rebab (seperti biola)
    3. At-Tanbur : Gambus
    4. Al-Bazaq : Sejenis gambus kecil.
    5. Biola.
    6. Gitar
    7. Piano.



    Para fuqaha’ berselisih pendapat di dalam masalah ini dan mereka terbahagi
    kepada dua mazhab.

    Pendapat yang mengharamkannya – sama ada digunakan semasa upacara perkahwinan atau sebagainya. Ia adalah pendapat Ibnu Abbas RA, fuqaha’ Hanafi, fuqaha’ Syafie, fuqaha’ Hanbali dan pendapat yang rajih (terpilih) dalam mazhab Maliki. Ibnu hajar Al-Haitami pula menafikan wujudnya khilaf ulamak di dalam pengharamannya. Sementara Abul Abbas Al-Qurtubi dan Salim Ar-Razi menyatakan berlaku ijmak ulamak di dalam pengharamannya.

    Pendapat yang mengharuskan – Mereka yang berpendapat demikian ialah:

    1. Abdullah bin Jaafar, Abdullah bin Zubair, Abdullah bin Umar, Muawiyah bin Abi Sufian, Amru bin Al-‘Aas, Hassan bin Thabit, Abdul Rahman bin Hassan dan Kharijah bin Zaid.
    2. Said bin Musayyab, Ata’ , Sya’bi, Az-Zuhri dan kebanyakan fuqaha’ Madinah.
    3. Ibnu Thahir menyatakan, “...ia adalah ijmak Ahli Madinah” (dakwaan ijmak ini ditentang sekeras-kerasnya oleh Ibnu Hajar Al-Haitami di dalam kitabnya Kaffur Ri’aa’.
    4. Sebahagian fuqaha’ Maliki, tetapi mereka menghadkan pengharusan tersebut untuk upacara perkahwinan sahaja.
    5. Al-Mawardi meriwayatkan keharusan penggunaan kecapi (Al-Aud) di sisi sebahagian ulamak Syafie.
    6. Ibnu Hazm, Abdul Ghani An-Nablusi, As-Syazili At-Tunisi dan Idfawi mengharuskannya dengan syarat-syarat berikut:
    + Niat yang betul dan tidak bertentangan dengan syara’
    + Tujuan yang tidak melanggar batas-batas syara’.
    Admin
    Admin
    Admin


    Post : 66
    Mata : 5573
    Daftar pada : 24.04.09
    Umur : 38

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Re: ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  Admin Thu Apr 30, 2009 12:25 pm

    Thanks for the replay K.nana..
    rodhiana
    rodhiana


    Post : 9
    Mata : 5486
    Daftar pada : 28.04.09
    Umur : 39
    Asal : Terengganu

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty re: alat muzik yang diharamkan

    Post  rodhiana Thu Apr 30, 2009 1:06 pm

    salam....
    bagus jugak tajuk ni.. ni yang saya dapat dari http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2001/ic72_2001.htm


    Alat-Alat Muzik Yang Ditegah/Diharamkan
    Dalam beberapa buah hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ada menyebutkan jenis-jenis alat muzik yang diharamkan. Adapun alat-alat muzik yang ditegah oleh syara‘ itu ialah:

    1. Al-Ma‘azif iaitu sejenis alat muzik yang bersenar (bertali) banyak.
    2. Al-Mazamir iaitu alat muzik yang ditiup seperti seruling.
    3. Al-Awtar atau Al-‘ud iaitu alat muzik yang bertali sejenis kecapi.
    4. Al-Thabl atau Al-Kubah iaitu gendang kecil yang ramping di tengah.
    5. Al-Kamanjah iaitu Biola.
    6. Al-Rabab iaitu alat bunyian (seperti biola) yang bertali dua atau tiga.
    7. Al-Shanj iaitu canang, berupa dua piring kekuningan yang diadu.
    8. Al-Junk atau Al-Thunbur iaitu alat muzik yang dipetik yang mempunyai leher panjang dan mempunyai tali daripada tembaga (berasal dari Parsi).

    Pengharaman alat-alat muzik yang dinyatakan di atas berdasarkan hadis-hadis berikut;

    1. Diriwayatkan daripada Abu Umamah Radhiallahu ‘anhu telah bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam : Maksudnya: "Bahawa Allah Azza wa Jalla telah membangkitkan saya menjadi Nabi dengan membawa hidayat dan rahmat kepada orang-orang mukminin dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan alat ma‘azif (alat bunyi-bunyian) dan alat-alat mazamir (seperti seruling) dan alat-alat awtar (bunyi-bunyian bertali), salib (cross)dan perkara-perkara jahiliah... * (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Thayalisy).
    2. Ahmad bin Mani‘ Al-Harits Ibnu Abu Usamah pula meriwayatkan dengan lafaz: Maksudnya: "Bahawa Allah ‘Azza wa Jalla telah membangkitkan saya (menjadi Nabi) dengan membawa rahmat dan hidayat kepada sekalian alam dan Allah telah memerintahkan saya menghapuskan mazamir, ma‘azif, arak dan berhala-berhala yang disembah pada zaman jahiliah (dan sekarang) dan Tuhan saya telah bersumpah dengankebesaranNya dan kekuasaanNya...*
    3. Hadis ini disokong oleh hadis riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang telah berkata: Maksudnya: "Kubah itu haram, dannu itu haram, ma‘azif (alat muzik bertali) itu haram dan alat muzik jenis bertiup itu haram"(Hadis riwayat Ahmad)
    4. Di riwayatkan oleh Al-Bazzar daripada riwayat Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengharamkan bangkai, judi dan kubah yakni thanbur (bukan thunbur perang)".
    5. Dalam hadis yang lain Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Maksudnya: "Ditukarkan keadaan satu golongan daripada umatku kepada keadaan yang lebih buruk dengan sebab mereka meminum arak dan bermain kubah (sejenis gendang) dan ma‘azif".
    6. Daripada Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma bahawa Rasululah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: Maksudnya: "Aku diperintahkan untuk membinasakan alat gendang dan alat hiburan yang ditiup" (Hadis riwayat Ad-Dailami)

    Demikian beberapa hadis yang menjadi dalil tentang haramnya alat-alat hiburan (muzik). Para ulama mazhab Al-Syafi‘e juga telah menghukumkan bahawa alat-alat muzik itu adalah haram, sebagaimana yang disebutkan oleh hadis di atas.

    Dalam kitab Al-Muhadzdzab karangan Imam Abu Ishak Al-Syirazi menjelaskan bahawa haram menggunakan alat-alat (muzik) yang dibunyikan (dipanting atau digendang) tanpa ada lagu seperti ‘ud, thaunbur, ma‘azifah, thabl (gendang) dan mizmar. Adapun dalil haramnya bermain muzik itu sekalipun tidak diiringi dengan lagu berdasarkan firman Allah:

    Tafsirnya:"Dan ada di antara manusia; orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) daripada agama Allah". (Surah Luqman: 6)

    Menurut Ibnu ‘Abbas maksud tafsir "perkara hiburan yang melalaikan" itu adalah alat-alat hiburan. (Al-Muhadzdzab: 2/457)

    Begitu juga dalam kitab Hasyiah Qalyubi wa ‘Umairah, Imam An-Nawawi menyebutkan bahawa makruh menyanyi dengan tidak disertai alat (muzik) dan mendengarnya, dan adalah haram menggunakan alat (muzik) yang menjadi syiar peminum-peminum (arak) seperti thunbur,‘ud, shanj dan mizmar Iraqi dan (haram) mendengarnya. (Hasyiah Qalyubi wa Umairah: 4/321)

    Imam Ibnu Hajar pula menyebutkan dalam kitabnya Al-Zawajir bahawa Abu Al-Abbas Al-Qurtubi telah berkata: "Adapun alat-alat muzik yang ditiup (al-mazamir), alat-alat muzik yang bertali (al-awtar), alat-alat muzik yang digendang (kubah), maka tiada perselisihan ulama pada mengharamkan mendengarnya dan aku tidak mendengar seorang pun daripada ulama yang muktabar sama ada daripada ulama salaf dan juga khalaf yang berpendapat mengharuskannya. Dengan hal yang demikian tidak syak lagi pada mengharamkannya dan tentang fasik dan berdosanya orang yang melakukannya, kerana ia adalah syiar (tanda dan lambang) bagi penggemar-penggemar arak dan penyokong-penyokong perbuatan fasik".

    Sesungguhnya ulama-ulama dalam mazhab Syafi‘e bukanlah satu-satunya mazhab yang mengharamkan hampir kesemua alat-alat muzik, bahkan kita dapati juga ulama-ulama mazhab lain seperti ulama mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat demikian.

    * (sambungan hadis adalah berkaitan pengharaman arak, sila rujuk web yang telah dinyatakan).

    #kalau tersilap harap ada yang betulkan... Very Happy
    # tp.. ada persoalan plak, sekarang kan byk yg dh guna teknologi... sape nak jawab.... Very Happy
    supian
    supian


    Post : 65
    Mata : 5559
    Daftar pada : 26.04.09
    Umur : 38
    Asal : Kuala Lipis, Pahang

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Re: ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  supian Thu Apr 30, 2009 2:02 pm

    HUHU..bagusnyer maklumat ni...
    thanks kat Kak bedua.. Smile
    Berkobar-kobar..
    Siti Fatimah Zaharah
    Siti Fatimah Zaharah


    Post : 19
    Mata : 5509
    Daftar pada : 27.04.09
    Umur : 40
    Asal : Kajang, Selangor

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Tabuh (Duff) dan Nyanyian

    Post  Siti Fatimah Zaharah Tue May 05, 2009 1:14 pm

    dpat from address ini: http://forum.wgaul.com/archive/thread/t-81116-Musik-diharamkan-dalam-Islam.html

    Ini dalil yang membolehkan nyanyian dan musik
    Hadis Pertama
    Diriwayatkan oleh Buraidah bahwa Rasulullah SAW hendak menuju perperangan, ketika kembali dari perperangan seorang Jariyyah hitam datang menghampiri Rasulullah SAW seraya berkata ”wahai Rasulullah SAW sesungguhnya aku telah bernadzar apabila Engkau kembali dengan selamat aku akan menabuh Duff dan bernyanyi di hadapanmu, Rasulullah SAW bersabda ”apabila kau telah bernadzar maka tabuhlah sekarang karena apabila tidak maka engkau telah melanggar nadzarmu”. Kemudian Jariyyah tersebut menabuh Duff dan bernyanyi, kemudian Abu Bakar ra masuk ke rumah Rasulullah SAW ketika Jariyyah itu masih menabuh Duff dan bernyanyi, kemudian ketika Ali ra masuk dia masih menabuhnya dan ketika Utsman ra masuk dia juga tetap menabuh, ketika Umar ra masuk beliau langsung melemparkan Duff itu ke arahnya yang kemudian Jariyyah itu duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda ”wahai Umar sungguh setan akan takut kepadamu, sungguh ketika Aku duduk, dia menabuh Duff, ketika Abu Bakar masuk dia juga masih demikian, Ketika Ali masuk juga demikian, ketika Utsman masuk dia juga tetap menabuhnya akan tetapi ketika engkau masuk wahai Umar engkau lemparkan Duff itu”.
    (Hadis Sunan Tirmidzi no 3690 dimana At Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan shahih gharib, hadis ini juga dinyatakan shahih oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Tirmidzi. Juga diriwayatkan dalam Musnad Ahmad bab Buraidah no 22989 dengan sanad yang kuat, dan diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Hibban hadis no 6892).

    Hadis ini adalah bukti jelas dibolehkannya menabuh Duff(sejenis alat musik tabuh) dan bernyanyi. Tidak boleh bernadzar dalam hal yang diharamkan atau dalam bermaksiat kepada Allah, hal ini sudah sangat jelas. Izin Rasulullah SAW melalui kata-kata tunaikanlah nadzarmu menjadi bukti kuat kebolehan menabuh duff dan bernyanyi. Sedangkan sikap Umar ra itu adalah kecenderungannya yang tidak suka mendengarkan duff dan nyanyian. Adalah aneh sekali jika menganggap sikap Umar ra sebagai menunjukkan haramnya menabuh musik dan bernyanyi karena kalau memang haram tidak mungkin dari awal Rasulullah SAW membiarkannya termasuk Abu Bakar ra, Ali ra dan Usman ra. Adalah lucu sekali berpendapat Umar ra tahu itu haram sedangkan Rasulullah SAW tidak, yang seperti ini jelas tidak benar. Oleh karena itu sikap Umar ra tidak lain adalah kecenderungan pribadinya.

    Hadis Kedua
    Diriwayatkan dari Rubayyi’ binti Mu’awwidz beliau berkata ”Rasulullah SAW datang, pagi-pagi ketika pernikahan saya kemudian Beliau SAW duduk dikursiku seperti halnya kau duduk sekarang ini di depanku, kemudian aku menyuruh para Jariyah memainkan Duff,dengan menyanyikan lagu-lagu balada orang tua kami yang syahid pada perang Badr, mereka terus bernyanyi dengan syair yang mereka kuasai, sampai salah seorang dari mereka mengucapkan syair yang berbunyi…”Diantara kita telah hadir seorang Nabi yang mengetahui hari depan”…Maka Nabi SAW bersabda ”Adapun syair ini janganlah kamu nyanyikan”.(Hadis Shahih Bukhari Kitab Nikah Bab Dharbal Duff Al Nikah Wa Al Walimah no 5147, juga diriwayatkan dalam Shahih Ibnu Hibban no 5878).

    Hadis ini juga mengisyaratkan bolehnya memainkan Duff dan bernyanyi, hal ini berdasarkan taqrir atau diamnya Nabi saat Jariyyah tersebut memainkan duff dan bernyanyi. Bukhari telah meriwayatkan hadis ini dalam Bab Dharbal Duff Al Nikah Wa Al Walimah(Memukul Tambur Selama Pernikahan). Perkataan Nabi SAW ”Adapun syair ini janganlah kamu nyanyikan” merujuk kepada syair yang berbunyi..”Diantara kita telah hadir seorang Nabi yang mengetahui hari depan”, Nabi melarang kata-kata dalam syair ini karena Hanya Allah SWT yang mengetahui hari depan.

    Hadis Ketiga
    Dari Aisyah ra Suatu hari Abu Bakar ra masuk ke rumah Rasul SAW disana ada dua jariyah yang sedang bernyanyi dengan memainkan rebana, mereka sudah biasa bernyanyi, sedangkan Rasulullah SAW terhalang dengan tirainya. Abu Bakar melarang keduanya sehingga Rasulullah SAW membuka tirai sambil bersabda ”Wahai Abu Bakar biarkanlah(mereka bernyanyi) karena hari ini adalah hari Id(hari raya)”. (Hadis Shahih Bukhari dan Shahih Muslim sebagaimana disampaikan Syaikh Al Albani dalam Ghayatul Maram Takhrij Al Halal Wal Haram Fil Islam hadis ke 399Al Maktab Al Islami Al Ula hal 227).

    Hadis ini juga menjadi dasar bolehnya bernyanyi dan memainkan gendang atau rebana. Hal ini tampak jelas dari kata-kata Nabi SAW ”Biarkanlah”. Tidak mungkin Nabi SAW membiarkan yang haram. Sedangkan anggapan sebagian orang bahwa yang dibolehkan hanya pada hari raya sedangkan selain hari raya itu dilarang adalah anggapan yang tidak benar. Pertama sudah jelas dalam dua hadis sebelumnya nyanyian dibolehkan ketika nadzar dan pernikahan bukankah itu artinya selain hari raya. Kedua dalam hari raya tidak dibolehkan melakukan sesuatu yang haram. Bagaimana mungkin sesutu yang haram menjadi halal karena hari raya. Oleh karena itu tidak beralasan menyatakan nyanyian itu haram.

    Hadis Keempat
    Diriwayatkan dari Aisyah ra yang berkata ”di kamarku ada Jariyyah Anshar kemudian aku menikahkannya maka Rasulullah SAW masuk pada hari pernikahannya itu Beliau SAW sama sekali tidak mendengar nyanyian ataupun lahwu(permainan) kemudian Beliau SAW bersabda ”wahai Aisyah apakah engkau tidak memberikan nyanyian untuknya?”. Kemudian Beliau SAW bersabda lagi ”bukankah di kampung ini kampungnya orang Anshar yang mereka itu sangat menyukai nyanyian”.(Hadis dalam Shahih Ibnu Hibban no 5875 semua perawinya tsiqat).

    Begitu pula dalam hadis ini yang berkesan adanya anjuran nyanyian atau hiburan dalam pernikahan. Hal ini setidaknya membuktikan nyanyian itu tidak haram karena Nabi SAW telah mengizinkannya dalam pernikahan.

    Hadis kelima
    Dari Amir bin Said dia berkata ”Aku masuk ke rumah Abi Mas’ud dan Qardhah bin Ka’ab dan diantara mereka ada beberapa Jariyah yang sedang bernyanyi, kemudian aku bertanya ”Apakah kalian melakukan semua ini padahal kalian itu sahabat Nabi SAW?” Abu Amir berkata lalu keduanya menjawab ”duduklah, jika engkau suka dengarkanlah bersama kami, akan tetapi jika tidak pergilah sungguh kami telah diberikan keringanan untuk bersuka ria selama walimah pernikahan”(Hadis Sunan An Nasa’i Bab Al Lahwu Wa Al Ghina ’Inda Al ’Arus hadis no 3168, dinyatakan hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih An Nasa’i).

    Hadis ini juga menjadi dasar dibolehkannya nyanyian karena para sahabat ra sendiri juga mendengarkan nyanyian. Ketika ditanya kenapa mendengarkan nyanyian padahal mereka sahabat Rasulullah SAW, maka mereka menjawab bahwa Rasulullah SAW telah memberikan keringanan dalam hal ini atau telah dibolehkan oleh Rasulullah SAW yaitu ketika walimah pernikahan.
    Fadzli_Rohimi
    Fadzli_Rohimi


    Post : 15
    Mata : 5486
    Daftar pada : 10.05.09
    Umur : 40
    Asal : Terengganu Darul Iman

    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Re: ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  Fadzli_Rohimi Wed Jun 03, 2009 10:40 pm

    Alhamdulillah...banyak info yang AFR peroleh dari perkongsian semua.... Wink

    Mmg banyak khilaf ttg muzik dan penggunaan alatannya skali.... bagi diri AFR, dari dulu sampai sekarang AFR lebih suka nasyid ini masih menggunakan alat-alat perkusi daripada penggunaan peralatan spt gitar, drum, keyboard etc.... acapella pun menarik..... mungkin kekhilafan, pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa dari mereka yang lebih 'arif mengenai muzik ini dikeluarkan mengikut suasana dan kehendak semasa seperti mengambil kira orang-orang yang hendak kita sampaikan da'wah (mad'u). Namun walaupun mengikut keadaan semasa, AFR merasakan beberapa perkara seperti imej penasyid seperti cara berpakaian serta akhlak yang baik dan mulia mestilah dikekalkan agar x timbul fitnah kepada perkara kebaikan ini.... Itu pendapat peribadi AFR sendiri... AFR lebih suka dengan imej penasyid yang berkopiah dan berpakaian yang tidak menonjol...

    Sekian...thanx kpd yang sudi berkongsi maklumat. Semoga usaha kalian menambahkan pahala di sisi Dia. Amin Smile

    Sponsored content


    ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN? Empty Re: ALAT MUZIK YANG DIHARAMKAN?

    Post  Sponsored content

      Similar topics

      -

      Waktu sekarang Fri Apr 26, 2024 10:06 pm