Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

SELAMAT DATANG KE FORUM GROUP ENTERTAINMENT OF MUSLIM ART (GEMA) UiTM TERENGGANU.SELAMAT BERFORUM DARI ADMIN

Join the forum, it's quick and easy

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

SELAMAT DATANG KE FORUM GROUP ENTERTAINMENT OF MUSLIM ART (GEMA) UiTM TERENGGANU.SELAMAT BERFORUM DARI ADMIN

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA)

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Group Entertainment of Muslim Art (GEMA) adalah sebuah persatuan dalaman yang ditubuhkan di UiTM Terengganu, yang memperjuangkan kesenian Islam terutamanya irama Nasyid.


+2
rodhiana
hyna_razak
6 posters

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    hyna_razak
    hyna_razak


    Post : 76
    Mata : 5775
    Daftar pada : 27.04.09
    Umur : 43
    Asal : Terengganu

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  hyna_razak Thu Apr 30, 2009 4:18 pm

    ::Assalamualaikum w.r.b.t..::

    Jom kita kongsi kata-kata hikmah atau mutiara kata kat sini Very Happy
    Semoga kita dapat sama-sama memberi semangat dan inspirasi kepada sahabat-sahabat semua bom

    Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
    -- Pesanan Hassan Al-Banna


    queen queen queen queen queen
    rodhiana
    rodhiana


    Post : 9
    Mata : 5688
    Daftar pada : 28.04.09
    Umur : 39
    Asal : Terengganu

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty mutiara kata

    Post  rodhiana Thu Apr 30, 2009 5:23 pm

    queen kebahagian ilmu pengetahuan itu bersifat tetap, keagungannya kekal, namanya selalu dikenang; sedangkan kebahagiaan memiliki harta akan lenyap, keagungannya akan hilang, dan namanya segera dilupakan... -dr 'aidh bin abdullah al-qarni queen
    narzkirana
    narzkirana


    Post : 8
    Mata : 5685
    Daftar pada : 30.04.09

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Re: Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  narzkirana Thu Apr 30, 2009 6:41 pm

    study Idea Arrow semulia-mulia manusia ialah orang yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat sunny lol!
    munie
    munie


    Post : 10
    Mata : 5693
    Daftar pada : 28.04.09
    Umur : 38
    Asal : kemaman

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty keranamu Allah..

    Post  munie Mon May 04, 2009 7:35 pm

    "Andai matamu menangis pilu, biarlah ia krn Allah yang dirindui..
    Andai jiwamu gementar layu biarlah ia kerana takutkan Rab-Mu..
    Andai dirimu lemah x bertenaga..Biarlah ia krn perjuangan dijalanNya..
    Andai Akalmu ketandusan idea..biarlah iman mengatasi segalanya..
    semoga amalanmu tidak menjadi sia-sia demi Syurga yang dijanjikan..
    ana ukhutum fil Islam..
    flower
    maria
    maria


    Post : 29
    Mata : 5709
    Daftar pada : 30.04.09
    Umur : 35
    Asal : Batu Pahat, Johor

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Betapa tingginya nilai air mata taubat

    Post  maria Tue May 05, 2009 1:27 am

    Betapa tingginya nilai air mata taubat, sama nilainya dengan darah syuhada' yang tumpah sebagai wira Islam, yang sanggup mengorbankan jiwa demi agama Allah. Juga sama nilainya dengan dakwat pena para 'ulama untuk mengarang kitab-kitab yang menjadi pelita kepada umat Islam.
    Semua yang hidup bagai dalam bahtera pelayaran.

    Setiap hari dan bulan, kian jauh dalam perjalanan.

    Berhari bermalam semuanya dalam impian.

    Dunia ditinggalkan, akhirnya kubur jua yang berdekatan.


    Sewajarnya bagi setiap yang beraqal, selagi aqal fikirannya tidak hilang, bahawa dia membahagikan masanya kepada empat waqtu:

    ^^ Waktu untuk dia bermunajat kepada Allah

    ^^ Waktu untuk dia bermuhasabah tentang dirinya

    ^^ Waktu untuk dia berfikir berhubung dengan barang-barang ciptaan Allah

    ^^ Waktu untuk dia menumpukan kepada keperluannya, seperti mencari makanan dan sebagainya.


    Dunia ini kebun(tempat berusaha) untuk mematuhi perintah Allah,

    dan akhirat itu adalah masa menuai dan menerima balasan daripada Allah.


    Sebaik-baik dunia bagi seseorang adalah apabila dunia itu dijadikan sebagai bekal untuk kepentingan akhirat sehingga Rabbnya meredhainya. Seburuk-buruk dunia bagi seseorang adalah apabila dunia dijadikan bertentangan dengan urusan akhiratnya dan membuatnya jauh dari ridha Rabbnya.(HR. Hakim)
    hyna_razak
    hyna_razak


    Post : 76
    Mata : 5775
    Daftar pada : 27.04.09
    Umur : 43
    Asal : Terengganu

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Re: Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  hyna_razak Fri May 15, 2009 12:39 pm

    Hadiah Terbaik

    Kepada kawan - Kesetiaan

    Kepada musuh - Kemaafan

    Kepada ketua - Khidmat

    Kepada yang muda - Contoh terbaik

    Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

    Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

    Kepada manusia - Kebebasan
    hyna_razak
    hyna_razak


    Post : 76
    Mata : 5775
    Daftar pada : 27.04.09
    Umur : 43
    Asal : Terengganu

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Re: Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  hyna_razak Fri May 15, 2009 12:51 pm

    Let us share what Datuk Dr. Fadilah Kamsah used to say:

    "Ada orang datang ke pejabat dengan perasaan penuh gembira & ceria ,
    ada datang dengan perasaan "biasa" dan ada datang dengan perasaan serba tak kena "

    Ingat lah, sesiapa yang datang hanya dengan perasaan "biasa" saja,
    hasilnya adalah "biasa" saja, sesiapa yang datang dengan ceria,
    hasilnya akan jadi lebih daripada biasa ataupun luar biasa.

    Bekerja la dengan ceria agar menghasilkan produktiviti yang luar biasa yang
    akan menggembirakan orang di sekeliling kita.
    Semoga hasil itu akan mendapat keberkatan insyallah..."

    Jadi renungkan lah....

    1. Ada antara kita datang ke pejabat hanya memenuhi tanggungjawab 'DATANG BEKERJA' tapi hampa,
    hasilnya macam kita ' TAK DATANG' kerja

    2. Ada kala kita rasa kita BUSY giler, rupanya kita hanya 'KELAM KABUT' .

    3. Adakala kita rasa kita PERIHATIN , tapi rupanya kita BUSY BODY.

    4. Adakala kita rasa kita OPENMINDED and OUTSPOKEN tapi rupanya kita KURANG PENGAJAR'AN.

    5. Adakala kita rasa kita berpemikiran KRITIS , rupanya kita hanya lebih kepada
    KRITIK yang mencipta KRISIS .

    6. Adakala kita rasa kita ingin menjadi LEBIH MESRA tapi rupanya kita di lihat lebih MENGADA-NGADA .

    7. Adakala kita suka bertanya 'KENAPA DIA NI MCM TAKDE KEJE', adalah lebih baik kita tanya
    'APA LAGI KEJE YANG AKU BOLEH BUAT ?'

    8. Adakala kita rasa kita ni pekerja yang SEMPURNA,BAIK DAN BERDEDIKASI tapi cuba tengok dalam-dalam,sela-
    gi hati kita berdengki, jatuhkan reputasi sesama rakan sekerja (report kat bos kawan kita tak bagus dari kita) dan
    tak amanah (mencuri dan tak siapkan kerja),kita sebenarnya patut terima hakikat betapa kita lebih teruk dari dari
    anggapan kita itu sendiri.

    Pejam mata dan renung lah diri, kalau kita perlu melakukan ANJAKAN PARADIGMA ,
    maka lakukanlah segera...tapi manusia tetap manusia..
    sukar untuk berubah kerana kita selalu beranggapan kita lebih baik...
    adakah dengan merasakan itu kita sememangnya terbaik?

    Maka untuk itu , mari kita mula senyum, ceria, mesra sesama kita
    dan tingkat kerjasama dalam kerja,
    tak rugi kita semai rasa 'kekeluargaan' dalam tugasan ..
    kalau kita kurang kerja, cari la kerja membantu teman-teman yang lain.

    Tak dapat gaji lebih pun tak apa sebab pahala dapat..
    kita withdraw kat akhirat nanti...
    tapi kalau kita asyik dengki mendengki..
    nasib la sebab sudah ditentukan jalan yang sukar itu yang kita pilih..
    ~ Renungi lah, berapa ramai kawan kita dan berapa ramai lawan kita,
    nescaya itulah kayu pengukur diri yang sebaiknya

    "Mengkritik tidak bererti menentang,
    Menyetujui tidak semestinya menyokong,
    Menegur tidak bermakna membenci,
    dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik." Smile
    avatar
    isha


    Post : 12
    Mata : 5688
    Daftar pada : 01.05.09
    Umur : 37
    Asal : KELANTAN

    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Re: Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  isha Sat May 23, 2009 2:51 pm

    BERPENAT LELAH LAH KERANA SESUNGGUHNYA
    KESENANGAN ITU SELEPAS KEPAYAHAN,.
    JGN BERDUKACITA KERANA HIDUP INI
    MELETIHKAN ,DAN SEBAB DEMIKIANLAH HIDUP INI
    DICIPTAKAN...
    -IMAM SYAFIE-

    sunny Very Happy

    Sponsored content


    Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah Empty Re: Mutiara Kata a.k.a Kata Hikmah

    Post  Sponsored content


      Waktu sekarang Fri Nov 15, 2024 4:55 am